May 04, 2018

Macam tau tau ja...

Pagi tadi dapat email newsletter dari Innisfree. Kemain tau pancing.


Kebetulan dah hampir 3 bulan aku guna Orchid Gel Cream Innisfree ni dan dah nak habis dah pun cream-nya. Mula-mula pakai memang timbul small bumps kat pipi. Tapi aku anggap ianya sekadar purging di mana hanya reaksi awal apabila produk tu baik untuk kulit kau.

(Aku memang janggal gila kalau berbual tentang benda-benda macam ni)

Mula-mula naik small bumps tu aku berhenti seminggu. Selepas bintik kecik yang pada mulanya aku risau jerawat tu hilang, aku guna semula dan ternyata bintik kecik tu dah tak muncul-muncul lagi dan aku kira ini adalah cream pertama yang aku pakai tak menyebabkan reaksi jerawat pasir kat muka aku. 

Baunya agak wangi tapi wangi yang jenis aku boleh terima. Sesetengah orang mungkin tak berapa gemar skin care yang ada fragrance ni.  Aku tak pasti samada cream ni boleh disama fungsi kan dengan cream pelembab atau tidak, tapi aku memang pakai cream ni pada waktu malam je lah. Siang, aku pakai moisturiser brand lain.

Orchid Gel Cream Anti-Aging ni 5 in one di mana dalam satu jar cream ni dapat membantu dari segi mengembalikan/mengekalkan elastik, brightening, nourishing, tightening dan moisturizing. Tapi aku tak rasa moisturising tu target utama cream ni. Ataupun, memang fungsi pelembab cream ni tak mencukupi untuk kulit aku. Sebab tu aku pakai malam je. (memandangkan rumah aku bukan jenis ada aircond yang berpotensi tinggi mengeringkan kulit)

Umur dah meningkat ni kulit cepat kering dan kusam aku rasa. Dulu masa umur tak berapa nak banyak, rileks je bareface pun aku boleh perasan lawa lagi. Tak tau la sekarang ni aku menyampah sikit nak tengok cermin sebab faktor tua atau sebab aku dah gemuk. kohkihkoihk.

Jadi..

Kebetulan bila dah 3 bulan guna, mesti la dah semakin surut cream nya kan. memang dah nak habis dan kebetulan email ni sampai, jadi aku rasa terpancing gila ni ha. 




;di mana Innisfree ada pulak offer complimentary Orchide Skincare Special Kit ni kalau aku beli lagi satu Orchid Cream ni. Dia rasa macam pucuk dicita ulam mendatang; tak pun orang mengantuk di sorong bantal; tak pun durian runtuh; atau apa-apa je lah. Yang pasti aku taknak lepas la offer ni. 

Harga Jeju Orchid Cream ni RM111 kat butik. Kalau kau beli kat Hermo murah sikit la dalam RM94. Tapi aku suka lagi beli kat butik memandangkan butik Innisfree ni ada kat sebelah ofis aku ja (Sogo) dan aku boleh pow sample sedikit sebanyak. kuhkiuhkih.


No comments:

Post a Comment