May 04, 2018

Kat Mana Nak Mula?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Kat mana nak mula?

Sebenarnya masih ada rasa janggal walau baru beberapa bulan aku padamkan seluruh akaun sosial media aku baik Instagram (deactivate), twitter, dan blog lama kesayangan aku sejak 2006 tu. Aku tak pasti apakah blog ni boleh dikira sebagai social media atau sekadar portal untuk penulisan bebas yang cenderung untuk berkomunikasi sehala sahaja. (Aku harap sehala je)

Ada rajuk yang tersimpan di sebalik perjalanan aku dengan social media ni sejak dulu. Salahnya aku lorongkan kepada diri aku sendiri lah sebab aku yang tak reti nak kontrol diri dan kemasukan manusia asing yang aku kenal dari sosial media ni sampai ada yang meranapkan hidup aku; dan begitu begini adalah sebab lain. Pun, aku rasa tak payah la aku rekod kat sini kenapa aku quit semua akaun sosial media aku. 

Rumah Kecik Tingkat 16 ni blog baru di mana aku bukak untuk meluahkan perkataan dan kisah yang selalu bermain dalam kepala otak aku. Yang pasti semua kisah dalam blog lama tu aku taknak simpan hatta dalam kepala otak aku pun. Bukak buku baru. Buku lama bakar je lah.

Menyampah aku nak toleh-toleh lagi. Buang masa. 

Masih lagi pertanyaan "kat mana nak mula?"

Apa aku aku cerita lagi kat sini? Kisah hambar kelangsungan hidup seorang ibu yang tabah mendidik menjaga 3 orang anak di rumah kecik tingkat 16-nya?

Kita tengok je lah.

No comments:

Post a Comment