May 05, 2018

Review: Hada Labo Whitening Gel Water

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Hai. Saja lah nak cakap-cakap sikit tentang Hada Labo Whitening Gel Water ni. Kalau sebelum ni aku cakap Innisfree Orchid Gel Cream adalah krim muka pertama yang aku jumpa dalam hidup aku yang tak menyebabkan tumbuhnya jerawat pasir (breakout); Hada Labo Whitening Gel Cream ni pulak adalah cream kedua



Sebenarnya agak over bila aku cakap “cream pertama tak buat muka breakout” ni padahal hakikatnya sebelum ni aku yang tak mengkaji dulu sebelum pakai apa-apa cream kat muka. Kalau masuk drugstore tu aku main sebat je apa yang aku rasa best dan kadang Beauty Assistant kat situ pun boleh tahan membongak nak melakukan brand dia. Adalah beberapa siri cream pelembab yang aku pernah pakai sebelum sebelum ni yang end up menyebabkan jerawat besar besar berkampung kat muka. Plus, jerawat pasir sekali pun ada lah.

Lama jugak aku serik dan merajuk (asik asik merajuk) dari pakai apa-apa krim di muka. Lama jugak lah aku hidup kengkonon bareface ni kan. Macam aku cakap sebelum ni, masa muda okay lagi nak bareface. Lelama aku rasa muka aku kusam teruk. Ye lah benda tak berjaga kan. Selepas aku membaca sana sini yang rupa-rupanya untuk kulit kombinasi yang lebih ke arah berminyak macam kulit aku ni, kenalah pakai krim wajah yang sesuai misal contoh dalam teksture gel. Baaarulah lebih sesuai. Sebab tu Innisfree Orchid Cream tu pun aku beli yang jenis Gel; dan Hada Labo ni pun sejenis Gel.
Eh sibuukkk je diaaa 😅😅 



Nak tunjuk tekstur gel dia kan. Padahal dah habis. 


Okay back to Hada Labo Arbutin yang pada aku just an okay skin care untuk aku. Tak berapa memberi kedan whitening pun tapi moisturizing tu memang ada lah dan apa yang aku suka ialah sangat cepat meresap ke dalam kulit aku. Bab whitening tu mungkin perlu penggunaan yang berterusan; aku pun baru guna 1 jar di mana 1 jar aku pun bertahan dalam hampir 3 bulan, pemakaian siang sahaja. Kenapa pakai siang ja? Sebab malam aku dah pakai Innisfree. Kenapa malam pakai krim lain siang pakai krim lain? Sebab Hada Labo ni aku terjebak beli masa mula-mula install apps Hermo dulu kuhikiuhukijj.

Adakah aku akan repurchase? Mungkin ya, tapi bukan sekarang sebab rasanya sekarang aku nak teruskan pakai Innisfree Orchid Gel Cream dulu untuk siang dan malam.

Harga 1 jar aku beli sebelum ni cuma RM69 di Hermo. Tak pasti kat kedai harga dia berapa. Berbaloi juga sebenarnya sebab tak memberi kesan buruk malah hydrating dengan baik sekali. Cuma bab whitening tu sahajalah mungkin tak memberi kesan sangat untuk aku.

Okay, sampai sini dulu. Berbual lagi lain kali.



No comments:

Post a Comment