Sebenarnya apabila sel di dalam otak kau (amygdala) mula mengaktifkan rasa benci terhadap seseorang, di situlah bermulanya perasaan stress terhadap fizikal dan mental kita yang berlaku seiringan dengan kejadian benci membenci tersebut.
--dan apabila kau mula stress, kau akan mula untuk bertindak yang bukan-bukan seperti makan tak menentu, tidur tak nyenyak, malas nak ikut jadual harian, malas bersenam dan secara dasarnya, kau akan berubah menjadi pemalas dan cepat letih; dan ketahuilah, keletihan yang kau rasa bukan berasal dari fizikal pun, tapi berasal daripada mental yang akhirnya memberi signal kepada fizikal kau untuk menjadi Juara Peletih Antarabangsa.
Beberapa kali juga aku luahkan kepada pasangan aku; "Saya rasa saya sedang dilanda penyakit hati". Sebab aku memang tak selesa dengan perasaan negatif yang berumah di dalam hati aku pada ketika ini. Dah la perasaan negatif tu aku kena hadap hari-hari. Aku akan nampak orang yang aku benci tu hari-hari. Dan nak move on dari rasa benci terhadap seseorang tu, bagi aku, tidak lah mudah.
Benda ni bukan pertama kali dalam hidup aku. Ianya pernah berlaku satu ketika dahulu apabila aku berada dalam satu fasa di mana, aku tak dapat nak terima kenyataan yang aku duduk serumah dengan orang yang semakin hari semakin aku benci di atas perkara-perkara yang dia buat. (tapi dia tak mengaku pun). Ianya macam self-destructive yang akhirnya membuatkan aku menjadi manusia yang separa gila.
--aku akan meluat tengok muka manusia yang dibenci tu. Aku tak boleh tengok nama dia melintas dalam skrin telefon aku, aku akan sentiasa nak cakap buruk tentang dia dan banyak lagi benda yang boleh membuatkan aku jadi benci diri sendiri sebab wallahi, aku adalah seorang yang cukup matang dan masak untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk tapi tak boleh nak kawal rasa benci yang datang menyinggah dalam hati dan fikiran aku.
Aku pernah dengar kata-kata dari Ustaz Khalid Basalamah di dalam salah satu ceramah beliau yang memesan bahawa, kita ini adalah manusia biasa yang cenderung untuk berperasaan negatif (benci) terhadap seseorang dan sesuatu yang memberi ancaman secara mental dan fizikal terhadap kita. Cara yang disarankan beliau adalah mudah -- maafkan dan jarakkan diri kita dari terus berhadapan dengan individu tersebut bagi menyelamatkan iman kita sendiri. Jarakkan di sini bukan bermaksud tak bertegur sapa langsung. Tapi, bercakap hal yang penting-penting sahaja.
Sebenarnya coretan ini tidak akan ada penutup yang baik. Ianya cuma lah satu luahan terhadap insiden hidup dan insiden ini belum berakhir. Jadi, sekiranya aku dapat jalan untuk 'mengubati' kesakitan hati yang sedang dirundung kebencian, mungkin pos ini akan berkesinambungan dan mempunya ending yang lebih cantik.
Sekian undur diri.
Bye.
No comments:
Post a Comment