Sesungguhnya Allah swt. Itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu.
(H.R. at –Tirmizi: 2723)
----
Aku perasan semenjak aku bersalinkan anak bungsu, dinding bilik aku yang sebelah tepi (menghadap ke luar) mula dinaiki kulat. Kulat tu warnanya kelabu kehijauan bertompok-tompok nampak kotor, suasan bilik menjadi kusam dan sekali gus membuatkan bilik aku tak ubah macam bilik tinggalan yang dah jadi sarang hantu.
Semalam, aku nekad untuk cat je dinding tu. Lunch break hari Jumaat aku lari jap pegi kedai cat. Aku beli dua jenis cat Dulux WeatherShield warna kelabu pastel, dan Nippon EasyClean Warna SnowWhite (ke SnowCotton?) kalau aku tak silap. Walau aku tahu mengecat dengan anak kecil ni ada lebih cabaran yang menunggu, tapi aku malas dah nak bertangguh lagi. Takkan nak tunggu anak bungsu darjah satu baru aku nak cat ye dak?
Seronok sebenarnya mengecat dengan anak bungsu yang sorang ni. Berenyah-renyah sikit tapi kami dapat pengalaman baru. Selalunya kalau aku mengecat ruang yang tak berapa besar ni, aku akan ambil masa hanya 2-3 jam. Tapi almaklumlah, dengan nak urus anak kecil lagi, nak vacum habuk yang berkepuk bawah katil lagi, waktu mengecat yang bermula dari jam 8 pagi, siap jam 7 petang.
![]() |
| Ambil gambar dah lewat petang. Mungkin sebab tu lense tak capture real color. |
Ha baru lah nampak tenang sikit jiwa menengoknya. Walau takda la wow kebabom macam bilik-bilik yang kita selalu tengok dalam Pinterest, tapi bagi sekadar mampu aku, ini dah cukup elok dah.
Bila aku dah beli, dah cat, dah susun balik perabot, dah kemas, dah puas, barulah aku terfikir dan tanamkan dalam kepala otak aku yang, lepas ni, nak buat benda baik, benda elok, jangan bertangguh. Peribahasa "Hendak seribu daya, Tak hendah seribu dalih sampai makan tahun baru ko nak settle" memang relevan sepanjang zaman.
Aku jenis tak suka dengar alasan kurang cerdik ni. Dan aku juga tak suka versi diri aku yang kadang ada jugak beri alasan kepada diri sendiri walau sekurang-kurangnya alasan kepada diri sendiri ni selalunya tidak mengganggu kemaslahatan orang sekeliling.
Kebetulan malam aku mengecat mengemas bilik aku ni adalah malam giliran mingguan anak-anak dengan bapak masing-masing. Malam macam ni je lah aku nak tidur nyenyak bak puteri. Memang nyenyak sangat sampai esoknya, Astaghfirullahhal’azim 6.45 pagi baru aku sedar! 😅😅


No comments:
Post a Comment