(HR. Bukhari)
-----
Cinta dan dedikasi adalah dua perkara berbeza di mana kebanyakan cinta yang dilisankan tidak selalu hadir bersama dedikasi. Orang boleh mengaku cinta kan kau, cinta kan anak-anak, cinta kan pasangan, cinta kepada Tuhan, cinta kepada kerjaya, hobi dan haiwan peliharaan, tapi sejauh mana kecintaan itu membawa kepada dedikasi kau terhadap apa yang dicinta itulah ukuran sebenar cinta itu sendiri.
Dah lama aku nak tulis tentang ini sebenarnya. Tapi aku bertangguh. Nak tulis ke tak nak? Kalau aku tulis awal-awal dulu, mungkin; penulisan aku akan lebih berbaur emosi.
Pada aku cinta dan dedikasi adalah dua perkara yang berbeza. Kalau kau cinta, tak selalunya kau akan dedikasi kan diri kau terhadap apa dan siapa yang kau cinta tu. Benda ni kau boleh saksikan dengan kebanyakkan orang sekeliling kau yang masih melakukan perlanggaran hukum Allah dengan sengaja tapi masih mengaku sayangkan Allah. Kalau kau dedikasikan diri kau terhadap sesuatu/seseorang itu pun tak semestinya kerana kau cinta kan dia. Benda macam ni pulak kau selalu dapati pada rakan sekerja kau yang commit buat kerja, siapkan tugasan baik-baik, padahal dalam hati dia, dia menyampah gila dengan kerja dia sekarang, hati rasa benci dengan bos, dan tunggu masa je nak letak jawatan. Ya, pe’el manusia memang macam-macam.
Aku suka sama kan kronologi percintaan ni macam kau tanam pokok dari sebiji benih. Kau semai. Kau siram. Kau baja. Kau jaga. Dari situ dengan izin Allah, kau akan terlihat benih yang kau semai itu akan bercambah macam yang kau sendiri mahukan. Oleh kerana kita semua bukan manusia sempurna, memang kadang-kadang kau akan terlupa siram, atau terlajak tempoh nak bagi baja (sesetengah pokok kena baja seminggu sekali, ada yang sebulan sekali); dan kadang-kadang bila musim tengkujuh datang, kau terlupa nak alih kedudukan pasu pokok kau tu, tiba-tiba kau teringat kau alih ke tempat yang teduh; tapi InsyaAllah, pokok kau tetap akan tumbuh, berbunga, berbuah, subur, beranak pinak.
Kau tahu kan, pokok kau akan mati kalau kau tiba-tiba kau curah tuba? Kau tahu kan pokok kau akan mati kalau pokok kau dihinggap serangga perosak kau biarkan tak buat apa-apa? Kau tahu kan pokok kau akan mati kalau pokok kau hari-hari kena panas terik, tak bersiram? Kau tahu semua itu. Tapi kau buat tak endah dengan hakikat itu. Sekali kau tubakan pokok kau, kau tengok dia elok hidup lagi, kau semacam tak puas hati, kau bubuh lagi tuba kali kedua. Kali ketiga. Kali keempat. Kelima. Kau dah kenapa?
Senang nak faham, kalau kau cintakan seseorang yang dah jadi pasangan kau, maksud aku; cinta yang benar-benar cinta, walaupun kau memang bukan manusia sempurna, tapi cara terbaik yang kau boleh usahakan adalah meninggalkan apa yang pasangan kau tak suka dan usahalah buat apa yang dia suka. Kalau 2 perkara tu tak boleh nak berjalan seiring sebab kepala otak kau selalu rasa “nak buat pasangan kau happy kena ada duit yang banyak”, CUKUP lah kalau kau jangan buat apa yang dia tak suka. Cukup lah.
Aku sebenarnya juga bukanlah seorang pecinta yang baik. Aku banyak buat salah samada sengaja atau pun tidak. Aku pun tak mampu nak pastikan apakah aku ini sebagai seorang hamba, anak, kawan, kekasih, isteri, anak; aku berada di tempat yang baik-baik di hati mereka yang pernah dan sedang aku cintai. Aku tak pasti adakah apabila aku mencintai, aku selalu mendedikasikan diri aku kepada mereka.
Aku tak pasti; dan aku malu untuk bagi nilai ke atas diri sendiri.
Cuma yang aku boleh pasti, selagi aku jujur tak tikam belakang dan berusaha untuk mengelak konflik dengan meninggalkan perbuatan yang mencacatkan perhubungan, itu dah kira cinta aku adalah aman untuk dianuti. Aku boleh jadi bidadari yang bakal menduduki syurga bersama kau; dan apabila cinta aku ni kau curah tuba, aku boleh menjadi mimpi terburuk yang mengalahkan Freddy Krueger sampai kau takut nak tidur lagi. Okay dah mula nak emosi. Bye lah.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

No comments:
Post a Comment