June 21, 2018

Ramadhan 1439 Yang Bermakna


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
QURAN 16:97



Rasa berdosa pulak bila mengenangkan sebelum ni aku anggap Ramadhan yang bermakna tu adalah di mana aku berpuasa macam orang kebanyakkan, dan berbuka dengan pasangan tersayang. Allahuakbar. Semoga Allah ampunkan sifat keduniawian kita semua.

Betul kata Yasmin Mogahed sebelum ni yang aku juga pernah utarakan di dalam blog lama aku dulu, TAHU dan SEDAR adalah dua perkara yang berbeza. Satu benda tu ko tahu, Tapi belum tentu kau SEDAR akan hakikat dan perasaan sebenar apabila kau berada di dalam situasi yang memaksudkannya.

Kau TAHU mendekatkan diri dengan Allah itu bakal memudahkan hidup di dunia. Tapi berapa ramai je yang berusaha ke arahnya? Bila dah praktik, baru kau SEDAR, “eh betullah hidup mudah je selepas bertaubat, selepas rajin ibadah," dan sekian sekian.

Kau TAHU perjalanan selepas mati itu begitu dan begini ada timbang amal ada syurga neraka. Tapi dalam 10 orang hamba Allah yang Maha Perkasa itu, berapa ramai dari mereka yang SEDAR dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya?

Kau TAHU kubur yang gelap itu hanya akan diterangi dengan amal bacaan Quran sewaktu kau masih hidup, tapi entah berapa ramai di antara kita yang bila dah ‘bergelap’ kat sana esok, baru SEDAR dan masa tu sedar kau tu dah tak guna pun. Nauzubillah min zaalik.

Segala puji bagi Allah yang menghadiahkan aku kesedaran sebelum dijemput ajal; akan bermaknanya Ramadhan yang berisi amal-amal yang dijanjikan ganjaran yang berganda. Bukan berbuka puasa dengan makanan sedap-sedap. Bukan majlis iftar secara buffet di hotel-hotel. Bukan makan berteman. Bukan bazaar Ramadhan. Tapi pengisian ibadah dan taqwa demi mengharap pahala dan redha Allah semata-mata. Walaupun sekarang ni aku tidak berteman, tapi masih ceria dihiasi 3 cahaya bintang yang begermelapan. Takda rasa apa kurang pun hidup di dunia ni selama kau yakin akan penyerahan diri kepada Allah secara total.

Segala puji bagi Allah kerana telah mengeluarkan aku dari episod hidup yang mendera emosi saban hari, mengeluarkan aku dari terperuk di dalam satu kehidupan yang membuatkan aku terpelanting jauh dari jalan syurga-Mu, Rabb' dan lansung memberi aku nikmat taubat dan ibadah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang serba berkah itu.

Aku bercakap ni sebab hampir 7 tahun aku berhijrah memperbaiki diri (bermula 2011) , ada babak hidup aku tergelincir jauh dari Allah, kemudian kemudi semula, tergelincir lagi, kini kemudi lagi. Kalau ada mata lain yang membaca tulisan aku ni; doakan lah aku istiqamah mengemudi sehingga sampai ke destinasi abadi sebagai salah seorang hamba-Nya yang berjaya pulang ke kampung halaman Syurga.

Hiba pulak rasa. Bye lah.



No comments:

Post a Comment